fbpx

Malaysia ke-19 negara paling aman di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Malaysia kini duduki tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman di dunia bagi tahun 2023.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global, Malaysia antara 20 negara paling aman di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang Singapura dan Jepun.

Semakan Kosmo! pada data tersebut, Malaysia menerima skor 1.513 daripada 163 buah negara lain.

Kedudukan Malaysia menerusi Indeks Keamanan Dunia.

Selain itu, kedudukan tahun ini menunjukkan Malaysia jatuh satu anak tangga berbanding tempat ke-18 pada 2022.

Berdasarkan data menyeluruh, didapati tahap keamanan dunia telah merosot sepanjang 15 tahun disebabkan kesan konflik perdagangan yang telah meningkat serta berlakunya peperangan di negara-negara tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI