fbpx

Lelaki ditahan bakar rumah jiran mengadu bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUY ditahan selepas membakar rumah jirannya di Vietnam baru-baru ini. - Foto VNExpress

HANOI – Seorang lelaki di Vietnam  ditahan semalam kerana mengunci rumah jiran dengan tujuh orang berada di dalamnya sebelum membakar kediaman itu baru-baru ini, lapor portal berita VNExpress.

Kejadian berlaku kerana lelaki tersebut marah selepas aduan bising dibuat oleh jirannya  itu.

 Huynh Tan Duy, 37, ditahan dan menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas kesemua  mangsanya berjaya melarikan walaupun mendapat kecederaan.

Siasatan mendapati Duy telah bertengkar dengan jirannya iaitu seorang lelaki berusia 39 tahun, malam Selasa lalu.

Jiran itu mengadu bahawa lelaki itu membuka pintu terlalu kuat menyebabkan anak lelakinya yang berusia 1 tahun menangis.

Duy menunggu sehingga lewat tengah malam dan membawa tin petrol dan tali besi ke rumah jiran itu. 

Dia mengikat pintu dengan tali besi untuk menghalang orang ramai daripada membukanya sebelum menyimbah petrol ke tingkap rumah untuk membakar kediaman tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI