fbpx

Enam PATI dicekup, tak sempat cari kerja di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam PATI Myanmar yang ditahan selepas menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand dekat Tanah Merah malam tadi. -Foto 2 DIVISYEN

TANAH MERAH – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar tidak sempat mencari pekerjaan di Kelantan selepas mereka dicekup di sempadan Malaysia-Thailand di sini malam tadi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI termasuk tiga wanita berusia 27 hingga 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Menurutnya, pasukan beroperasi yang mendirikan pos pendengaran di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia mengesan kesemua PATI itu menyeberangi Sungai Golok dengan menaiki perahu.

“Pemeriksaan mendapati keenam-enam PATI itu merupakan warganegara Myanmar. Mereka memasuki negara ini dengan bantuan tekong untuk mencari pekerjaan.

“Anggota operasi turut merampas enam buah telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Ringgit Malaysia dan mata wang Myanmar iaitu Kyat,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut merampas seutas jam tangan dan barangan kemas dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak lebih RM6,230.

Kata Dua Divisyen, kesemua PATI itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI