fbpx

Polis Perak lupus dadah RM2.11 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (tengah) menunjukkan dadah yang akan dilupuskan termasuk daun ketum dan ubat batuk dianggarkan bernilai RM2.11 juta yang dirampas dalam tempoh 2007 sehingga kini di IPK Perak. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Polis Perak melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk daun ketum dan ubat batuk dianggarkan bernilai RM2.11 juta yang dirampas dalam tempoh 2007 sehingga kini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dadah yang dilupuskan itu merupakan eksibit daripada serbuan dan rampasan yang dijalankan di semua 15 daerah di negeri ini.

Katanya, pelupusan tersebut dibuat bagi dadah yang telah selesai perbicaraan dan prosiding mahkamah membabitkan sebanyak 3,706 kertas siasatan.

“Antara dadah yang akan dilupuskan ialah daun ketum seberat 529,911.36 gram, ganja (7,597.27 gram), heroin (4,571.63 gram), syabu (2,608.49 gram), heroin manoacetylmorphine (90.85 gram) dan ketamin (76.98 gram).

“Barangan lain ialah eramin 5 (76.14 gram), manoacetylmorphine (23.98 gram), ekstasi (6.36 gram), ubat batuk (1,915.05 mililiter), phenazepam (0.19 mililiter) dan lain-lain dadah (23.06 gram).

“Semua eksibit dadah ini akan dihantar ke syarikat pelupusan sisa pepejal, Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar pada program Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azizi berkata, bermula 1 Januari hingga September lalu, tangkapan keseluruhan pesalah dadah di negeri ini ialah seramai 10,578 orang.

Katanya, bagi kesalahan pengedaran dadah, seramai 1,891 orang ditahan di mana merekodkan peningkatan 23 kes berbanding 1,868 orang tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 559 orang ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati manakala 76 orang pula ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya.

Tambahnya, sebanyak lapan makmal haram dadah berjaya dibongkar tahun ini dengan menghasilkan seramai 21 tangkapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI