fbpx

Kanak-kanak derita sejam zip tersangkut hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menunjukkan zip yang berjaya dikeluarkan daripada hidung mangsa.

KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung derita selama sejam selepas zip beg tersangkut dalam lubang hidung kanan di Kapar, lewat petang tadi.

Difahamkan, insiden itu berlaku apabila mangsa berusia lima tahun bermain zip begnya sebelum disedari ibunya berusia 37 tahun kira-kira pukul 6.30 petang selepas pulang dari kerja.

Ibu mangsa kemudiannya membawanya ke sebuah klinik swasta di Meru sebelum diminta ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar untuk tindakan seterusnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai BBP berkenaan terlibat dalam operasi bermula kira-kira pukul 7.32 petang.

Katanya, pihak bomba mendapati zip tersebut tersangkut dalam hidung kanak-kanak berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira enam minit bagi mengeluarkan zip itu menggunakan penyepit khas.

“Tiada kecederaan pada kanak-kanak sebelum diserahkan kepada ibu mangsa untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI