fbpx

[VIDEO] Remaja bersolidariti bersama Palestin dalam perhimpunan maya di Roblox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video himpunan solidariti bersama Palestin yang diadakan secara atas talian dalam sebuah permainan video terkenal, Roblox.

PETALING JAYA – Bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin, kanak-kanak dan remaja telah menganjurkan perhimpunan secara maya dalam sebuah permainan video terkenal, Roblox.

Penganjur perhimpunan tersebut, @cikguzyd berkata, ini merupakan cara mereka menunjukkan sokongan terhadap Palestin dengan cara tersendiri.

Sehingga kini, perhimpunan itu telah dihadiri lebih 200 orang pemain sejak 20 Oktober lalu.

Tambahnya, sebuah ruang khas bernama ‘Dataran Tanjung Mas’ telah dicipta khas sebagai tempat berkumpul dan boleh diakses oleh pemain Roblox pada bila-bila masa.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menunjukkan rasa kagum terhadap usaha pengguna tersebut dalam menghasilkan ruangan khas buat kanak-kanak bersolidariti bersama Palestin.

“Mantap cikgu. Terharu lepas dapat tahu anak-anak kecil pun boleh turut serta dalam perarakan ini. Kita yang tua ini pula rasa terharu dan sebak,” kata Bandido.

“Kalau berfaedah macam ini, saya setuju pelajar-pelajar saya main permainan video,” kata Viana.

“Comelnya, ada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Inilah tanda kita boleh guna apa-apa platform yang ada untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin,” kata Fie.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 9,207 tanda suka dan 516 komen. – KOSMO! ONLINE

@cikguzyd Solidarity untukmu P4lest!n. Berjuang cara kita #cikguzyd #zydverse #ceviralskit #roblox #robloxfyp #robloxtiktok ♬ إيدي بإيدك نحمي الأقصى – Instru Clavist DZ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI