fbpx

Malaysia terima ugutan pemimpin negara Eropah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia menerima ugutan daripada pemimpin Eropah ekoran kelantangannya memperjuangkan isu Palestin.

Anwar berkata, ugutan berkenaan tidak sama sekali mematahkan semangat Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin pada ketika ini.

“Ada Ahli Parlimen Eropah kita beri keterangan jelas dengan kenyataan mereka dan ada yang usul langsung. Kita usah risau berhubung perkara itu, kita ada urusan kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia di sini, hari ini.

Dalam pada itu ditanya mengenai tahap keselamatan negara, Anwar berkata, ia akan diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya menghadapi sebarang ancaman.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) ada saya tidak bimbang.. Mereka akan uruskan jadi saya tidak bimbang Insya-Allah,” ujarnya.

Semalam, dalam ucapannya ketika Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata malam tadi, beliau menegaskan, Malaysia tidak akan tunduk dengan ugutan-ugutan dari negara-negara besar yang membela hak Israel.

“Kita rakyat Malaysia sememangnya tegas dalam mempertahankan hak Palestin. Dari jauh kita sokong kerana apa yang berlaku telah menyentuh hati nurani kita.

“Semua ini kerana kita tahu apa itu erti ihsan, kemanusiaan dan keadilan dalam melawan kezaliman rejim Zionis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI