fbpx

Lelaki berseluar dalam tak mengaku pecahkan patung kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Firdaus (tengah) yang ditahan kerana memecahkan patung di sebuah kuil pada 18 Oktober lalu dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping hari ini bagi menghadapi pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu dua jenis tukul besi.

TAIPING – Seorang lelaki berseluar dalam yang bertindak agresif dan memecahkan patung di sebuah kuil dekat Matang di sini Rabu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping hari ini.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Taufek, 22, yang didakwa atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tanpa kebenaran sah memiliki senjata berbahaya iaitu satu tukul besi berhulu kayu dan satu tukul besi berhulu besi di Kuil Sri Mangala Nayagi Amman, Matang di sini pada pukul 7 hingga 7.30 pagi, 18 Oktober 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh yang bekerja kampung itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Yan Ni mencadangkan lelaki itu diikat jamin RM20,000 sebelum mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin warganegara beserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Menerusi laporan media baru-baru ini, tertuduh ditahan di rumahnya di Matang selepas disyaki merosakkan patung di sebuah kuil menggunakan senjata tukul besi.

Lelaki terbabit yang hanya memakai seluar dalam ketika kejadian dilihat bertindak di luar kawalan hingga menolak seorang mangsa yang cuba menenangkannya.

Tindakan lelaki itu menyebabkan pihak kuil mengalami kerugian kira-kira RM30,000.

Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dijalankan, suspek didapati positif dadah jenis ganja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`