fbpx

Dua pengarah liat bayar cukai pendapatan syarikat, peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEN SHIN (kanan) dan Syed Azhar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan tidak serah borang cukai LHDN. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan gagal menyerahkan penyata pendapatan bagi cukai taksiran syarikat bagi tahun 2020 dan 2021 bernilai RM554,829.12.

Orang kena saman (OKS), Lua Wen Shin, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid dalam Bahasa Inggeris.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wen Shin yang merupakan pengarah syarikat Narita Shipping and Transport Sdn. Bhd. gagal menyerahkan penyata pendapatan bagi cukai taksiran syarikat sebanyak RM376,826.88 untuk pendapatan tahun 2020 dan RM178,002.24 bagi tahun 2021.

Di mahkamah sama, seorang lagi pengarah sebuah syarikat pembinaan turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan peribadi bagi tempoh lima tahun iaitu 2016, 2018, 2019, 2020 dan 2021 berjumlah RM129,843.46.

Orang kena saman, Syed Azhar Syed Sahat, 51, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Nur Fatin dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa gagal menyerahkan penyata pendapatan sebanyak RM6,621.02 bagi tahun 2016 dan RM19,339.84 bagi tahun 2018.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, dia didakwa gagal menyerahkan penyata pendapatan sebanyak RM47,187.88 bagi tahun 2019; RM17,015.44 bagi tahun 2020 dan RM39,679.28 bagi tahun 2021.

Kedua-dua OKS didakwa mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntuk hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali serta penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 3 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi Wen Shin manakala tarikh 28 November ini bagi Syed Azhar.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohamad Norhalim Kamasan, manakala Wen Shin diwakili peguam, W. T. Wong.

Syed Azhar bagaimanapun tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI