fbpx

Op pekebun sayur: Tiga ahli politik, petani diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis mengesahkan menahan empat individu termasuk tiga daripada mereka merupakan ahli parti politik dalam satu operasi pengusiran pekebun sayur di Kanthan Bharu, Chemor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, tiga ahli parti politik berusia 30 hingga 68 tahun dan seorang petani berusia 53 tahun itu diberkas semasa operasi pada pukul 2.30 petang.

Katanya, tangkapan itu dilakukan selepas sekumpulan petani dan ahli parti politik bertindak menghalang petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak menjalankan tugas penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

“Tangkapan ke atas semua lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Satu laporan polis juga dibuat PTG mengenai seorang wanita disyaki ahli kepada parti politik kerana menghalang kenderaan jabatan berkenaan semasa operasi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi bersepadu bermula pukul 10.05 pagi itu diterajui PTG dengan disertai beberapa agensi manakala pihak polis pula berperanan menjaga aman sepanjang operasi berlangsung.

Terdahulu, tular di media sosial seorang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) patah gigi akibat terjatuh selepas didakwa dikasari pegawai PTG dan kejadian itu berlaku ketika sekumpulan petani serta beberapa ahli PSM cuba menghalang pengusiran paksa dan kemusnahan ladang di Kanthan Bharu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI