fbpx

[VIDEO] Laungan ‘bangkit Palestin’, ‘hancur Zionis’ gegar Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Himpunan Malaysia bersama Palestin di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini, malam ini. - Foto; MUHAMAD IQBAL ROSLI

BUKIT JALIL – Hampir 15,000 orang membanjiri Axiata Arena sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Perhimpunan tersebut dipenuhi peserta berpakaian serba putih yang hadir sejak pukul 5.30 petang bagi menunjukkan sokongan masing-masing terhadap Palestin yang sedang dizalimi rejim Zionis..

Sepanjang malam, himpunan tersebut turut digemakan dengan laungan takbir serta ‘bebaskan Palestin’, ‘hancur Israel’ dan ‘Israel Cuak’.

Turut hadir dalam himpunan malam ini ialah Menteri Pertanian Keterja­minan Makanan, Datuk Seri Mo­hamad Sabu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.

Majlis turut digamatkan dengan persembahan oleh artis terkenal seperti Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI