fbpx

Kilang siasat lelaki buang air kecil dalam ramuan bir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa awam dan pihak kilang menyiasat tentang seorang lelaki kencing di dalam bahan membuat minuman keras di China baru-baru ini. - Foto AFP

BEIJING  – Rakaman video menunjukkan seorang individu membuang air kecil ke dalam bahan yang digunakan untuk membuat minuman keras jenama Tsingtao mendorong kilang bir itu dan pihak berkuasa China melakukan siasatan, lapor portal berita Fox News semalam.

Kilang Bir Tsingtao turut memaklumkan kepada pengguna dan pelabur tentang siasatan yang dilakukannya selepas video menunjukkan seorang lelaki memakai topi membuang air kecil ke dalam sebuah tong besar di salah satu kilangnya di Pingdu, menjadi tular.

Video itu mendapat perhatian meluas di platform media sosial, Weibo lewat minggu lalu.

“Syarikat itu meletakkan kepentingan utama kepada laporan media dan telah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa keselamatan awam. Pihak berkuasa keselamatan awam kini terlibat dalam siasatan,” kata syarikat tersebut seperti dilaporkan portal berita CNBC.

Selain China, bir Tsingtao dijual di lebih 100 negara di dunia, demikian menurut laman webnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI