fbpx

Pemandu Almera rentung kereta langgar pokok sebelum terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta Nissan Almera dalam kejadian kemalangan di Jalan Pekeliling, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta Nissan Almera ditemui rentung apabila kenderaan dipandunya terbabas dalam kejadian Jalan Pekeliling, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.13 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah kereta jenis Nissan Almera yang telah terbabas melanggar pokok di tepi jalan lalu terbakar.

“Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa yang tersepit tidak dapat keluar dari kenderaan.

“Mangsa kemudiannya telah ditemui rentung di dalam kenderaan. PKO bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarhan berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta menggunakan ‘Rescue Tool’ dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI