fbpx

Lelaki bertudung, inai kuku intai wanita ‘lepas hajat’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI yang disyaki mengintai wanita di dalam tandas di sebuah pasar raya di Masai, Pasir Gudang, Johor ditahan polis selepas diserahkan orang awam semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang ditahan orang awam kerana dipercayai mengintai wanita di tandas pasar raya KipMart Masai, Pasir Gudang di sini ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek berusia 23 tahun itu diserahkan kepada polis selepas ditahan pada pukul 11 pagi, semalam.

Menurut beliau, penahanan suspek oleh orang awam itu tular di media sosial melalui rakaman video berdurasi 2 minit 11 saat.

“Semakan terhadap suspek mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, berdasarkan rakaman video tular berkenaan, suspek dilihat memakai kasut wanita dengan kuku kaki turut diinai dipercayai bagi memudahkan penyamaran untuk memasuki tandas wanita.

Lelaki itu turut memakai tudung untuk mengaburi mata orang ramai, namun memberitahu dia sendiri tidak dapat berfikir secara rasional ketika itu selain mendakwa sudah berkahwin.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI