fbpx

Hubungan Malaysia – Arab Saudi diperkukuh demi kesejahteraan sejagat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan Malaysia-Arab Saudi terus diperkukuh.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, ia penting demi kesejahteraan dan keamanan sejagat.

“Insya-Allah, hubungan Malaysia – Arab Saudi pasti terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keamanan sejagat, tatkala kita menjangkau tingkat baharu serta mencorak lembaran yang segar dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar telah tiba di Kaherah, Mesir untuk lawatan kerja satu hari.

Anwar berkata, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dalam lawatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI