fbpx

3 wanita makan rasuah bantu calon lulus ujian memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Dua pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) Cawangan Kota Tinggi dan seorang kerani Pusat Lesen Memandu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana menerima rasuah.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang juga wanita berusia 23 hingga 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 9 malam semalam selepas satu operasi yang dijalankan kerjasama sebuah syarikat konsesi untuk aplikasi utama kerajaan.

Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu untuk membantu calon lulus dalam ujian tersebut.

Siasatan yang masih dijalankan dijangka akan ada penahanan lain bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI