fbpx

Pertembungan 3 penjuru di DUN Jepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia selepas urusan penamaan calon yang berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi tadi pihaknya telah menerima tiga kertas penamaan calon bagi PRK berkenaan.

Katanya, calon tersebut merupakan Chieng Lea Phing dari Parti Aspriasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Iskandar Turkee mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Stevensen Joseph Sumbang bagi Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Jelasnya, tempoh kempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus sehingga pukul 11.59 malam pada 3 November.

“SPR telah menubuhkan dua pasukan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen.

“Calon-calon telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan sebagaimana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

“Bagi tujuan mempamer dan mengedar bahan kempen pilihan raya mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan atau secara bersama atau berasingan yang diwakilinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi mana ia tidak mengembangkan perasaan jahat , tidak puas hati atau pemusuhan selain berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan termasuk 3R (agama, raja dan kaum) serta tidak melanggar Akta 5 termasuk undang-undang lain berkaitan.

“Lambang, simbol, bendera parti politik calon yang bertanding termasuklah lambang, simbol, bendera parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak namun menyokong calon parti politik bertanding adalah dibenarkan dipamer secara bersama atau berasingan.

“Tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti komponen pada bahan pilihan raya,” ujarnya.

Tegasnya, SPR berharap aktiviti berkempen dapat dijalankan dalam suasana penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Terdahulu SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November ini, dengan sejumlah 22,804 pemilih terlibat.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak 2021, Talib mengekalkan kerusi Jepak dengan 6,277 undi, menewaskan Rabaah Tudin dari parti PSB (2,034 undi), Stevenson dari PBK (587 undi), dan calon bebas, Tuah Kazan (141 undi). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI