fbpx

Pengasas bersama syarikat penerbangan dilanjutkan reman, beberapa individu akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Datuk’ serta anak lelakinya antara yang ditahan reman selama empat hari bagi menjalankan siasatan lanjut di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

PETALING JAYA – Pengasas bersama dan pemegang saham majoriti syarikat penerbangan tambang rendah bermasalah dilanjutkan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, anak lelaki serta isterinya yang ditahan reman pada Rabu lalu dibebaskan hari ini.

“Reman terhadap pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah dilanjutkan selama dua hari lagi bermula hari ini dan tamat esok.

“Isteri dan anak lelakinya dibebaskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut Ramli, siasatan sedang diteruskan dan pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang boleh memberi keterangan dalam membantu siasatan kes ini.

Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pembekuan 15 akaun yang berkait dengan kes ini.

“Adalah lebih baik jika mereka tampil sendiri memberi kerjasama untuk mengelak sebarang kesulitan.

“Selain itu, pihak PDRM juga dalam proses membekukan lebih daripada 15 akaun yang berkait dengan individu yang terkait dengan kes ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, pengasas bersama dan pemegang saham majoriti syarikat penerbangan tambang rendah serta isteri dan anak lelakinya direman empat hari bagi membantu siasatan, Rabu lalu.

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI