fbpx

MYTV gantung siaran Awesome TV berkuat kuasa 2 Nov

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.

MYTV dalam kenyataan semalam memaklumkan penggantungan saluran televisyen swasta itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses antara kedua-dua pihak walaupun pelbagai jalan penyelesaian telah cuba diambil.

Dalam kenyataan itu, MYTV menzahirkan penghargaan segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak.

Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dengan menawarkan kandungan tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun, Awesome TV masih boleh diikuti di saluran Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN