fbpx

JDT sudah sebelah kaki ke final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Fernando Martin mengasak di gawang gol Perak FC sambil dikawal oleh pemain Perak FC, Sunday Kolawole pada perlawanan Piala Malaysia 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini apabila membaham Perak 4-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Perak sebentar tadi.

Biarpun bermain di hadapan 21,613 penonton, sorakan penyokong gagal menterjemahkan keputusan memihak kepada Perak FC sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada perlawanan kedua nanti.

JDT hanya mengambil masa 7 minit untuk merobek gol Perak melalui Oscar Arribas yang menanduk kencang melepasi Farhan Majid sebelum gawang Perak FC bolos lagi pada minit ke-11 selepas Arif Aiman berjaya memperdaya penjaga gol Perak FC, Farhan Majid sekaligus menyaksikan kedudukan berubah 2-0.

Ketika separuh masa pertama hampir berakhir, berlaku aksi panas di dalam padang melibatkan beberapa pemain kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika sebelum pemain JDT, Arif Aiman dan kapten Perak FC, Luciano Guaycochea dilayangkan kad kuning.

Bersambung babak kedua, Perak FC membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Farris Izdiham dan mengeluarkan Luka Milunovic, manakala JDT juga turut membuat pertukaran pemain apabila Matthew Davies dikeluarkan dengan diganti oleh Shahrul Saad.

Perak FC terus ketinggalan pada minit ke-70 apabila pemain gantian JDT, Shahrul Saad menanduk masuk bola ke gawang pasukan lawan sekaligus mengubah keputusan menjadi 3-0.

Kedudukan semasa berubah 3-1 pada minit ke-76, apabila Perak FC berjaya menjaringkan gol menerusi Guaycochea yang menyambut hantaran Wan Zack Haikal.

Sementara itu, pasukan pelawat terus menambah derita Perak FC apabila memperoleh gol keempat mereka menerusi jaringan pemain gantian JDT, Nazmi Faiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI