fbpx

16 nelayan Indonesia tangkap hasil laut negara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Indonesia yang ditahan selepas didapati menceroboh perairan negara ini di Pulau Pinang, semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan seramai 16 nelayan Indonesia selepas mereka didapati menceroboh perairan negara untuk mengaut hasil laut, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, KM BURAU telah mengesan dua bot nelayan asing Indonesia sedang bergerak dalam perairan Malaysia iaitu kira-kira 77 kilometer barat daya Pulau Kendi.

Menurutnya, KM BURAU berusaha untuk memberhentikan bot nelayan itu sebaik menyedari kehadiran mereka di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal pada bot pertama terdapat lima kru termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.

“Di bot kedua pula, terdapat seramai enam orang termasuk tekong Indonesia berusia antara 27 hingga 41 tahun di posisi yang sama,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, selain dua bot tersebut, KM BURAU juga menahan sebuah bot nelayan asing di sekitar 77 kilometer barat Pulau Kendi pada 18 Oktober lalu.

“Terdapat lima kru warga Indonesia termasuk tekong yang mengendalikan bot berkenaan diberkas. Secara keseluruhannya, sejumlah 16 orang kru warga asing yang berada di tiga bot nelayan ini ditahan,” katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan ketiga-tiga bot terbabit didapati memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit yang sah.

“16 orang kru warga asing telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang malam tadi untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI