fbpx

Tajuddin diarah bayar kos guaman RM120,000 kepada Khalid Samad, KiniTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin.

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diperintah untuk membayar kos guaman berjumlah RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan portal video, KiniTV di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk S. Nantha Balan yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan Datuk Dr. Choo Kah Sing selepas membenarkan rayuan Tajuddin dan KiniTV berhubung kos.

“Kebiasaannya sesuatu pihak tidak diberikan kos ekoran tindakan atau sikap pihak ketika mengendalikan kes. Namun tiada mana-mana bahagian dalam penghakiman hakim terdahulu yang memberikan penjelasan kenapa defendan pertama (Khalid) dan defendan ketiga (KiniTV) tidak diberikan kos.

“Oleh itu, adalah adil dan wajar untuk mengetepikan penghakiman (mahkamah terdahulu) yang menafikan hak Khalid dan KiniTV mendapatkan kos. Mahkamah dengan ini menetapkan kos global sebanyak RM60,000 meliputi kos di Mahkamah Tinggi, peringkat kebenaran dan rayuan perlu dibayar kepada setiap defendan,”kata Hakim Nantha.

Pada prosiding hari ini, Khalid diwakili peguam Datuk S. N. Nair dan Jaden Phoon Wai Ken manakala KiniTV diwakili peguam, K. Shanmuga. Tajuddin diwakili peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican dan Muzammil Merican.

Pada 26 April 2017, Tajuddin memfailkan saman terhadap Khalid yang juga bekas Ahli Parlimen Shah Alam, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan KiniTV Sdn Bhd selaku defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Tajuddin selaku plaintif mendakwa, Khalid mengeluarkan dua kenyataan fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 November 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI