fbpx

Piala Dunia 2026: Brazil berdepan malang berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan lutut ketika Brazil tewas berdepan Uruguay pagi semalam. - AFP

MONTEVIDEO – Bintang Brazil, Neymar terpaksa diusung keluar meninggalkan padang dalam keadaan menangis selepas mengalami kecederaan lutut ketika tewas 0-2 kepada Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Estadio Centenario semalam.

Neymar, 31, digasak daripada belakang oleh salah seorang pemain Uruguay dalam satu insiden perebutan bola yang menyebabkannya terpaksa digantikan Richarlison pada minit ke-44.

Doktor pasukan perubatan Brazil, Rodrigo Lasmar menjelaskan, bintang Al-Hilal itu telah menjalani beberapa siri ujian terhadap tahap kecederaannya untuk mengetahui jangka masa sebenar proses pemulihannya.

“Tempoh 24 jam ini amat penting untuk melihat tindak balas lututnya dan juga bengkak pada bahagian itu. Ujian pengimejan akan dilakukan untuk menentukan diagnosis definitif.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada ia kecederaan ligamen. Kita sabar dan tunggu dahulu keputusan pemeriksaan selepas ini. Kita akan maklumkan apabila ada jawapan nanti,” kata Lasmar.

Kapten Brazil, Casemiro mengharapkan bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona itu tidak mengalami kecederaan serius kerana ia boleh menjejaskan peluang Brazil layak ke Piala Dunia 2026.

“Neymar pemain penting buat kami tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana sering mengalami kecederaan pada waktu kemuncak. Saya harap ia tidak serius dan dia kembali segera bersama pasukan,” jelasnya.

Sebagai rekod, Neymar terlepas begitu banyak aksi bersama Brazil dalam tempoh dua musim terakhir disebabkan kecederaan pergelangan buku lali dan juga tidak dapat bermain dua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 kerana masalah yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI