fbpx

Persimpangan bertingkat Alam Damai, Lebuh Raya Suke dibuka tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persimpangan Bertingkat Alam Damai melibatkan pembukaan plaza tol di setiap tingkat susur keluar dan masuk iaitu Plaza Tol Alam Damai B1, B2 dan B3.

PETALING JAYA – Persimpangan Bertingkat Alam Damai, bahagian terakhir di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) akan dibuka mulai 12.01 tengah malam ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam kenyataan hari ini berkata, pembukaan bahagian terakhir itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Alam Damai, Taman Connaught, Taman Len Seng, Taman Bukit Anggerik dan kawasan sekitarnya.

“Ia turut menambah baik kesalinghubungan ke beberapa lokasi strategik seperti Ampang, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Bukit Jalil.

“Orang ramai boleh melalui persimpangan itu sebagai alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) atau Jalan Loke Yew yang sering berlaku kesesakan pada waktu puncak,” katanya.

Persimpangan Bertingkat Alam Damai yang dibina sepanjang 1.5 kilometer ini adalah bahagian yang terakhir dibuka sekali gus menjadi pelengkap kepada keseluruhan jajaran Lebuh Raya Suke.

Untuk rekod, Fasa 1 dan Fasa 2 Lebuh Raya Suke sepanjang 24.4 kilometer melibatkan jajaran utama dari Persimpangan Sri Petaling sehingga Persimpangan Bukit Antarabangsa masing-masing telah dibuka kepada pengguna pada 16 September 2022 dan 16 Jun lalu.

Dengan pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai ini, kutipan tol di laluan susur keluar dan masuk baharu itu juga akan berkuatkuasa serentak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI