fbpx

Menantu heret ibu mentua keluar dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV memaparkan wanita tersebut mengheret ibu mentuanya keluar dari rumah. - X

NEW DELHI, India – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan senario seorang wanita memukul ibu mentuanya ketika dia cuba menghalau warga emas itu dari rumahnya, lapor laman berita Ary News kelmarin. 

Dalam kejadian yang berlaku di negeri Maharashtra, wanita itu pada awalnya meminta ibu mentuanya yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu agar meninggalkan rumah. 

Apabila ibu mentuanya enggan menuruti arahannya, dia mula memukul dan menolak mangsa secara paksa dari sofa sehingga terjatuh ke atas lantai. 

Kedua-dua wanita itu didengari terlibat dalam pertengkaran di mana si menantu secara tegas meminta mangsa untuk bangun dan beredar.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), wanita itu kemudian membuka pintu hadapan rumah sebelum kembali ke arah ibu mentuanya dan mengheretnya di atas lantai.

Dia kemudian meninggalkan warga emas itu untuk menjawab panggilan telefon sebelum kembali mengheret mangsa.

Punca kejadian masih belum diketahui, namun satu laporan telah dibuat terhadap wanita tersebut oleh mangsa di balai polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI