fbpx

Kerajaan tidak lupa janji, e-wallet 100 disalurkan Disember ini – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyalurkan bantuan e-wallet RM100 kepada semua penerima yang layak bermula Disember depan.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong pada satu majlis di sini hari ini.
Jelasnya, kerajaan tidak pernah melupakan janji untuk memberikan bantuan tersebut dan rakyat diminta bersabar.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan bantuan e-wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Khabar gembira itu diumumkan ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai lalu.

Anwar menyatakan inisiatif ini melibatkn peruntukan sekitar RM1 bilion bakal memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI