fbpx

DHL, CelcomDigi bekerjasama bagi pengurusan gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fahmi (tengah), Mario Lorenz (dua dari kanan) dan Idham Nawawi (dua dari kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika perasmian sistem di gudang rantaian bekalan DHL, Shah Alam.

SHAH ALAM – DHL Supply Chain Malaysia (DHL) dan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menjalin kerjasama bagi memantapkan sistem pengurusan barangan dan gudang yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Urusan Negara DHL Supply Chain Malaysia, Mario Lorenz berkata, projek yang diberi nama Sistem Pengurusan Inventori Autonomi Kecerdasan Buatan yang dibangunkan CelcomDigi itu dapat membantu syarikat mengendalikan barangan dengan lebih cekap dan cepat.

“Dahulu, kami hanya mampu mengira kurang daripada 800 parcel dalam sehari. Namun dengan penggunaan dron dan sistem pengesan AI sekarang, kami mampu mengira 800 parcel sehari dengan dua mesin tersebut mampu beroperasi tanpa henti selama lapan jam.

“Apa yang lebih mengagumkan, dua mesin ini mampu mengesan kekurangan sesebuah inventori di rak simpanan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran sistem tersebut di gudang Supply Chain DHL di sini, baru-baru ini yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Menurut Mario, pihaknya merancang untuk menggunakan sistem tersebut di beberapa buah gudangnya di Malaysia bagi memantapkan pengurusan kerja-kerja gudang.

Ditanya mengenai kos menggunakan sistem tersebut, Mario memaklumkan kos yang dibayar oleh DHL adalah munasabah.

“Dengan menggunakan liputan internet 5G oleh CelcomDigi, liputan internet di dalam gudang ini akan lebih jelas tanpa sebarang gangguan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, ini adalah projek pertama di antara syarikatnya dengan DHL.

Menurutnya, CelcomDigi mengalu-alukan syarikat logistik pergudangan di negara ini untuk bekerjasama bagi menggunakan sistem yang sama.

“Dengan kerjasama di antara dua industri (telekomunikasi dan logistik) ini, kita harap produktiviti operasi gudang dapat dipertingkat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI