fbpx

Syamimia hilang ribuan pengikut, tidak cakna isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamimia

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Syamimia kini teruk dikecam pengguna media sosial selepas didakwa tidak tidak berkongsi dan cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat di Palestin ketika ini.

Menurut mereka, sebagai seorang yang berpengaruh, Syamimia perlu menggunakan platfrom media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran mengenai apa yang berlaku di Gaza.

Namun sebaliknya berlaku apabila wanita mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu terbabit di media sosial.

Malah Syamimia memaklumkan bahawa dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh bukannya dengan mengikut isu tertentu.

“Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya tuhan saja yang tahu.

“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih,” katanya menerusi satu klip video yang dikongsikan di aplikasi TikTok.

Perkongsian itu juga telah menyebabkan ramai pengguna marah dan mereka telah bertindak untuk tidak mengikuti pempengaruh itu lagi di media sosial.

Sehingga kini jumlah pengikutnya di TikTok hanya sekitar 1 juta berbanding 1.3 juta sebelum ini.

Jumlah terkini pengikut Syamimia di aplikasi TikTok yang dikongsi pengguna di laman X.

Berdasarkan perkongsian pengguna di aplikasi X, mereka mendakwa Syamimia hilang beribu pengikut ketika ini hanya dalam tempoh beberapa jam.

“Selepas satu jam, hilang 5K (5,000 pengikut. Goodluck Syamimia. Semakin berkurang weh followers (pengikut) dia. Sebelum nak cakap apa-apa lepas ini fikir dulu ya Syamimia terutamanya kalau pasal Palestin,” tulis @OmgItsSaraa.

Terdahulu, Syamimia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila menerima kecaman hebat netizen kerana menggunakan perabot serta barangan berjenama mewah walaupun menetap di sebuah flat PPR.

Keadaan tersebut dapat dilihat menerusi kandungan video memasak dan mengemas rumah yang dimuat naiknya di akaun TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI