fbpx

Lelaki pura-pura jadi pelanggan bawa lari rantai emas RM23,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar lelaki berkenaan yang ditahan orang ramai selepas mencuri dari sebuah kedai emas di Plaza Kota Tinggi, kelmarin.

KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli rantai di sebuah kedai emas di sini sebelum membawa lari tidak berhasil apabila ditangkap orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.16 petang kelmarin.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kedai perniagaan menjual dan membeli barang kemas di dalam bangunan Plaza Kota Tinggi kira-kira pukul 6 petang.

“Ketika kejadian lelaki itu berpura-pura ingin membeli dua utas barang kemas iaitu rantai leher dalam anggaran nilai antara RM15,000 dan RM8,000 dengan jumlah RM23,000 sebelum melarikan diri dari kedai berkenaan.

“Bagaimanapun dia telah berjaya ditangkap oleh orang awam dihadapan Pasaraya Kwa Tai, Kota Tinggi dan berjaya menemukan semula barang kemas yang dicuri sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi Dalam Bangunan).

Tambahnya, lelaki merupakan penduduk tempatan berumur 27 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah.

Terdahulu, tular rakaman orang awam menangkap seorang peragut yang mencuri rantai emas di Kota Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI