fbpx

Konflik Palestin-Israel: Tolong sensitif, ini bukan perkara main-main – Nurul Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video Dr. Nurul Ain di Facebook.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia, Dr. Nurul Ain Latif yang berada di Semenanjung Gaza meminta orang ramai agar berhenti menghubunginya semata-mata untuk mendengar bunyi bom sebaliknya menjadi lebih sensitif berhubung situasi yang dilaluinya ketika ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, Nurul Ain berkata, dia terkilan dengan permintaan yang dibuat segelintir rakyat Malaysia di saat genting itu.

“Saya nak minta tolong sikit. Boleh tak jangan jangan ‘call’ (hubungi) saya dan minta nak dengar bom. Bukan semua tapi segelintir itu tolong sensitif sikit.

“Engkau orang ingat benda ini main-main ke? Kamu nak doakan kami kena bom ke apa sekarang ini?

“Saya tak faham dengan orang-orang macam ini. Tolonglah faham, keadaan sangat-sangat susah dan genting,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Ain turut meminta agar masyarakat bersyukur dengan keadaan aman di Malaysia.

“Nikmatilah tidur dengan lena. Kamu tak rasa apa yang saya rasa dan perlu hadap. Engkau orang patutnya bersyukur dan bukannya hubungi saya minta nak dengar bom,” ujarnya.

Selain itu, kata Nurul Ain, usahanya untuk beri bantuan kepada penduduk di Gaza juga tidak dapat dilaksanakan susulan letusan bom di kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Nurul Ain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkahwin dengan lelaki warga Palestin kini berada di Gaza selepas sejak Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI