fbpx

Pelajar AIU maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gara-gara berada berdekatan sempadan Gaza dan kawasan yang dikawal ketat oleh tentera Israel, seorang pelajar lelaki maut ditembak oleh rejim Zionis pada 7 Oktober lalu.

Sulaiman J. S. Abuanza, pelajar jurusan Sains Komputer tahun dua di Albukhary International University (AIU), Kedah dikatakan pulang ke Gaza untuk melawat keluarganya dan melakukan pembedahan lasik.

Lebih menyayatkan hati, dia difahamkan akan pulang ke Malaysia dengan melalui jalan di Gaza dan beberapa lokasi di Mesir beberapa hari yang lalu.

Dikenali sebagai seorang individu yang rajin dan baik hati, sebelum ini dia pernah melaksanakan program kesedaran mengenai isu konflik yang berlaku di Palestin di kampus universitinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN