fbpx

Ribut pasir tebal badai bandar Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mencari perlindungan ketika ribut pasir melanda yang membawa debu tebal. – Times of India/X

AZRAQ, JORDAN – Satu kejadian ribut pasir tebal melanda bandar Azraq, Jordan semalam, yang terletak tidak jauh dengan Israel, lapor laman berita Marca.

Angin kencang mencetuskan debu tebal yang bukan sahaja mengurangkan penglihatan, bahkan mengurangkan kualiti udara di rantau itu.

Ribut pasir tersebut berasal dari kawasan padang pasir di barat daya Syria dan menjejaskan beberapa kawasan bandar termasuk ibu kota Jordan, Amman.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan beberapa amaran dan saranan kepada penduduk. Ia termasuk mengehadkan aktiviti luar dan memakai topeng muka sebagai langkah perlindungan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat berlari mencari perlindungan ketika ribut pasir melanda yang membawa debu tebal.

Keadaan sekitar turut bertukar menjadi merah disebabkan fenomena itu, menyebabkan sukar untuk melihat orang ramai yang berlari. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI