fbpx

Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat yang ditemukan terapung di kawasan berbatu di Port Dickson Waterfront tengah hari tadi.-Foto BOMBA

PORT DICKSON – Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan terapung di laut berhampiran kawasan berbatu di Port Dickson Waterfront pada pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, mangsa dikenali sebagai Chay Yean Hong berusia 56 tahun.

Kata beliau, pihaknya telah dimaklumkan oleh orang awam tentang penemuan mayat lelaki tersebut.

“Kami telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat dan khidmat khas anggota bomba untuk mengangkat mayat tersebut telah dijalankan.

“Mayat tersebut telah berjaya dibawa naik menggunakan pengusung oleh pihak bomba dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI