fbpx

[VIDEO] Harga jam tangan, pakaian Cik B boleh beli sebuah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian harga penampilan Cik B di sebuah acara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Anak kepada Datuk Seri Vida, Cik B terus menjadi bualan hangat netizen dengan penampilan pakaian mewahnya ketika menghadiri satu acara, semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Cik B memukau dengan penuh gaya, mengenakan pakaian dan aksesori mewah daripada pereka antarabangsa.

Cik B ketika ditemu ramah seorang pengacara pada majlis itu memberitahu, topi dan beg Louis Vuitton yang dipakainya adalah bernilai RM12,200 selain cermin mata Porsche yang berharga RM2,500.

Turut dikongsi adalah harga bagi sepasang kasut Jordan 1 Low Travis Scott Fragment yang dipakai Cik B bernilai RM6,000.

Bagaimanapun, paling mencuri tumpuan apabila Cik B memberitahu jam tangan mewah yang dipakainya adalah berharga sekitar RM400,000.

Perkongsian daripada Cik B itu membuatkan orang ramai teruja, namun mereka tidak terkejut memandangkan keluarga Cik B terutama ibunya yang merupakan seorang usahawan terkenal dan berjaya.

Bahkan, ada yang menganggap nilai pakaian Cik B yang mencecah RM423,000 seumpama harga sebuah rumah banglo.

“Harga jam dia dah cukup selesa kalau buat rumah,” tulis Azlan Firdaus.

“Kalau saya jadi Cik B, hari-hari pergi beli gelang tangan emas,” tambah Fifi. – KOSMO! ONLINE

@sneakerlah Sama ke muka dorang? Adik beradik ke ni? 😭😭 #sneakerlah #SneakerLAH2023 #streetwear #fyp #outfit ♬ original sound – SneakerLAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI