fbpx

Terbuka Arctic: Zii Jia, Tze Yong buat perhitungan di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia akan bertemu rakan senegara, Ng Tze Yong pada aksi final Terbuka Arctic selepas menyingkirkan pemain Denmark, Anders Antonsen di separuh akhir sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia mengikut jejak langkah rakan senegara, Ng Tze Yong apabila mara ke perlawanan akhir pada kejohanan badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi, bekas juara Asia itu menyingkirkan pemain No.10 dunia dari Denmark, Anders Antonsen menerusi kemenangan straight set 21-17, 13-8 selepas lawannya itu menarik diri akibat kecederaan.

Keputusan itu turut menyaksikan Zii Jia mencatat kemenangan kedua ke atas Antonsen dalam enam perlawanan dengan dua pertemuan terakhir pada Kejohanan Dunia 2021 dan 2023 dimenangi wakil Eropah berkenaan.

Lebih manis, perlawanan akhir Terbuka Arctic akan menjadi aksi final pertama Zii Jia dalam saingan musim ini selepas dia tiga kali terkandas di separuh akhir pada Seluruh England (All England), Terbuka Switzerland dan Terbuka Australia.

Menanti pemain No.14 dunia itu di perlawanan akhir esok adalah Tze Yong yang mengesahkan kemaraan lebih awal selepas menewaskan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama menerusi aksi straight set 21-12, 21-16.

Berdasarkan rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan pada perlawanan esok apabila pernah mencatat kemenangan ke atas Tze Yong ketika kedua-dua pemain bertemu di Terbuka Australia Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN