fbpx

Hentam anak antara ciri keluarga toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Salah satu ciri keluarga menjadi toksik ialah apabila mereka memanipulasi ahlinya untuk membuatkan mereka rasa serba salah dan mengkritik hingga membuatkan anak rasa rendah diri.

Public Health Care (PHC) dalam satu kenyataan berkata, selain itu, keluarga yang suka membanding-bandingkan juga merupakan tanda-tanda toksik.

“Lebih toksik apabila ada yang enggan mengakui kesilapan dan mengatakan anda sebagai beban kewangan,” katanya sempena bulan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.

Menurut PHC, keluarga yang suka merendahkan atau memalukan serta memberi penderaan fizikal, mental dan emosi turut menjadi penyumbang ciri-ciri tersebut.

Bagaimanapun, boleh jadi ahli keluarga tidak sedar mereka sedang berkelakuan toksik dan penulis mencadangkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan keluarga mengenai hal ini.

PHC turut memberi cadangan mencari seseorang yang dipercayai untuk meluahkan perasaan jika memerlukan bantuan sokongan.

Baru-baru ini tular pelbagai luahan cerita dalam kain di laman sosial dengan hasrat untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI