fbpx

EPL: Kedudukan Ten Hag dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG memiliki karakter yang agak keras dalam menangani isu dalam pasukan itu menyebabkan beberapa pemain tidak bersetuju dengan pendekatannya. - AFP

MANCHESTER – Seorang pemain Manchester United yang enggan dikenali mendedahkan bahawa sebahagian pemain pasukan itu mula bosan dengan sikap pengurus mereka Erik Ten Hag dan tidak menyenangi cara yang digunakan ketika melayan kontroversi melibatkan Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.

United tidak memulakan musim ini dengan sempurna apabila berdepan enam kekalahan daripada 11 perlawanan dalam semua kejohanan selain kontroversi melibatkan Ten Hag dan Sancho yang menjadi pengetahuan umum.

Pengkritik bola sepak England, Alan Brazil dalam temu bual bersama talkSPORT mendedahkan bahawa beliau mendengar desas-desus dan khabar angin bahawa pendekatan yang digunakan Ten Hag itu mula tidak digemari oleh para pemain pasukan itu.

“Ini adalah apa yang saya dengar daripada salah seorang pemain United yang memberitahu mengenai perkara ini kepada seorang yang saya sangat mengenalinya.

“Dia (pemain United) itu mengakui bahawa mereka tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pengurus itu. Mereka tidak senang dengan cara Cristiano di layan dan mereka menganggap Sancho adalah seorang pemain yang memberikan segala-galanya ketika latihan dan tidak seperti yang dikatakan oleh pengurus.

“Saya tidak tahu siapa yang saya boleh percayai, tetapi itulah yang diberitahu,” katanya.

Perbalahan antara Ten Hag dan Sancho bermula apabila pengurus dari Belanda itu mendedahkan bahawa pemain tersebut tidak disenaraikan di dalam skuad kerana gagal mencapai standard yang diinginkan ketika sesi latihan.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu tampil di media sosial dengan menuduh pengurusnya sebagai penipu dan mendakwa dirinya memberikan segala-galanya ketika sesi latihan menyebabkan Ten Hag mendesak pemainnya itu membuat permohonan maaf secara terbuka yang sehingga kini masih belum dilakukannya.

Sancho ketika ini menghadapi masa depan tidak menentu bersama United apabila dilarang untuk menyertai sesi latihan bersama skuad utama, malah terdapat khabar angin menyatakan dia mungkin akan dilepaskan secara pinjaman pada jendela perpindahan musim sejuk nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI