fbpx

Bapa lima anak mengaku peluk remaja separuh bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang bapa lima anak berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memeluk seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak berbaju, Isnin lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun itu pada 28 November ini bagi menunggu laporan fakta kes daripada pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik didapati telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan 9 bulan dalam keadaan tidak berbaju bagi maksud seksual.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.20 pagi di Batu Berendam, dalam daerah Melaka Tengah, pada 9 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan tertuduh telahpun berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Dia dan mangsa telah berkenalan selama dua hari menerusi aplikasi MiChat sebelum berjumpa di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI