fbpx

Zii Jia ‘sebelah kaki’ ke separuh akhir Terbuka Arctic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mara ke suku akhir selepas menewaskan Dwi Wardoyo di pusingan kedua Terbuka Arctic sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia boleh dikatakan sudah ‘sebelah kaki’ melangkah ke separuh akhir Terbuka Arctic.

Ia berikutan Zii Jia, 25, bakal berhadapan dengan rakan senegara, Leong Jun Hao yang berada di ranking lebih rendah iaitu No.38 dunia dalam aksi suku akhir di Vaanta, Finland esok.

Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia, No.14 dunia, menewaskan pemain Indonesia di ranking ke-22 dunia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-17, 18-21, 21-11 dalam tempoh satu jam pada pusingan kedua sebentar tadi.

Ia sekali gus membolehkan bekas juara All England dari Alor Setar, Kedah itu menempah pertemuan dengan Jun Hao, 24, yang mara ke suku akhir selepas membenam pemain Perancis, Arnaud Merkle 15-21, 21-17, 21-19 hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, kelebihan lebih memihak kepada Zii Jia menerusi dua kemenangan ke atas Jun Hao termasuk menang 12-21, 21-17, 21-16 di Terbuka Australia pada Februari lalu.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong juga dalam kelas tersendiri apabila menyambar tiket suku akhir selepas menundukkan jaguh Taiwan, Chou Tien-chen dengan kemenangan straight-set 21-15, 21-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN