fbpx

SPRM tahan dua anggota penguat kuasa minta rasuah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -Dua anggota penguat kuasa antara tiga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM1,500.

Menurut sumber, wang tersebut dipercayai sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemandu kenderaan yang menggunakan dan memiliki lesen perdagangan kenderaan motor (trade plate).

Penahanan kesemua suspek berusia antara 36 hingga 37 tahun dipercayai dilakukan di pejabat SPRM Kuala Lumpur antara kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam, semalam.

Kata sumber, dua anggota penguat kuasa tersebut yang menaiki motosikal dipercayai menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu menggunakan nombor ‘trade plate’ syarikat kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam.

“Anggota penguat kuasa tersebut kemudian memberitahu kepada pemandu kenderaan itu bahawa nombor ‘trade plate’ yang digunakan adalah palsu.

“Salah seorang anggota penguat kuasa tersebut telah meminta wang kira-kira RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kenderaan terbabit,” katanya.

Susulan penahanan tersebut, ketiga-tiga suspek termasuk seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi bagi tujuan permohonan reman.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan permohonan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 17 Oktober 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan katanya kes disiasat dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI