fbpx

PDRM siasat penglibatan lelaki Malaysia edar 622kg dadah di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 622 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas di Melbourne, Australia, 4 Oktober lalu. - kredit Facebook Polis Persekutuan Australia (AFP).

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) susulan penahanan seorang lelaki tempatan terbabit rampasan dadah seberat 622 Kilogram (kg) di Melbourne, Australia, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kerjasama itu bertujuan untuk siasatan lanjut penemuan sejumlah besar dadah jenis methamphetamin itu.

“PDRM melalui JSJN kini sedang bekerjasama dengan pihak AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Segala tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran atau penyeludupan dadah yang menjadi ancaman dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.

Agensi berita Jerman (dpa) melaporkan, Polis Pasukan Sempadan Australia berkata bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia 4 Oktober lalu.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet kertas tandas.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AU$560 juta (RM1.68 bilion).

Ekoran penemuan itu, dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, dan warga Hong Kong, 32, ditahan Rabu lalu.

Kesemua lelaki itu didakwa memiliki kuantiti komersial dadah terkawal yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI