fbpx

EPL: Varane, Casemiro sudah tak mampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO (kiri) dilihat berdepan isu fizikal dan kecergasan musim ini menyebabkan dia gagal menguasai bahagian tengah United. - AFP

MANCHESTER – Bekas jurulatih pasukan utama Manchester United, Rene Meulensteen percaya bahawa Raphael Varane dan Casemiro sudah tidak lagi memiliki kemampuan fizikal untuk memberikan cabaran dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

The Red Devils melalui permulaan awal musim yang sangat mengecewakan apabila tewas dalam enam daripada 11 perlawanan melibatkan semua kejohanan sekali gus meletakkan pengurus mereka, Erik Ten Hag dalam tekanan tinggi.

Sebahagian pemain mereka yang membantu pasukan meraih kejuaraan Piala Liga Inggeris dan menamatkan aksi EPL di kedudukan ketiga musim lalu dilihat gagal mengulangi aksi tersebut dan berdepan isu prestasi ketika ini.

Meulensteen yang berkhidmat di bawah kendalian Sir Alex Ferguson antara 2007 hingga 2013 mengakui bahawa Varane dan Casemiro sedang bergelut untuk menyamai pencapaian musim lalu.

“United sedang berdepan masalah. Varane seperti sudah tidak mampu menyaingi kepantasan aksi di EPL. Liga ini sangat dinamik, ia ibarat bergerak dalam kelajuan 100 kilometer sejam dan itu memberikan masalah di bahagian tengah.

“Mereka (pemain United) tidak mempunyai tenaga dan itulah punca mengapa bahagian pertahanan mereka berdepan masalah. Casemiro sudah tidak mampu mengawalnya kerana kemampuan yang terhad.

“Ten Hag cuba menggunakan pendekatan yang berintensiti tinggi, seperti digunakan di Ajax, tetapi beliau tidak mempunyai pemain yang mampu melakukannya. Saya fikir beliau perlu mencari jalan lain dengan segera,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI