fbpx

4 termasuk rakyat Malaysia ditahan seludup methamphetamine ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas pihak berkuasa Australia.-Foto Kredit Australia Federal plc

SYDNEY – Empat lelaki didakwa selepas kira-kira 622 kilogram methamphetamine ditemui tersembunyi di dalam kargo berisi tisu tandas, lapor sebuah akhbar hari ini.

Semalam Pasukan Bertindak Bersama Pencegahan Jenayah Terancang(JOCTF) terdiri daripada Pasukan Polis Australia(AFP), Polis Victoria, Pasukan Sempadan Australia (ABF), Suruhanjaya Risikan Jenayah Australia dan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri menangkap keempat-empat lelaki terbabit.

Mereka dipercayai merupakan anggota sebuah sindiket jenayah berat antarabangsa.

Suspek yang diberkas termasuk dua warganegara China berumur 33 tahun, seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Hong Kong.

Siasatan bermula apabila beberapa anggota ABF mengenal pasti perkara mencurigakan semasa imbasan X-ray kargo berkenaan dan melaporkannya kepada AFP.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI