fbpx

Pengarah jabatan kerajaan antara ditahan terima rasuah jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Turut ditahan ialah dua penjawat awam selain pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50an itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 7.30 malam tadi di pejabat SPRM Sarawak ketika diminta hadir memberikan keterangan.

“Suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 hingga 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta.

“Manakala pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak esok pagi untuk permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI