fbpx

Pemuda parah ditikam perut, kaki angkara hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui dalam kecederaan luka tikaman pada perut dan kaki di kawasan pasar Lebuh Cecil di sini, petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pemuda mengalami kecederaan pada perut dan kaki dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian pergaduhan di sebuah pasar di Lebuh Cecil di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta jenis Proton BLM.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, mangsa lelaki tempatan berusia 26 tahun mengalami luka tikaman pada bahagian kaki dan perut.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan masalah hutang,” katanya kepada pemberita, malam ini.

Susulan kejadian tersebut katanya, polis berjaya menahan seorang suspek tempatan berusia 51 tahun di kawasan Maccalum kira-kira pukul 6.40 petang tadi selepas disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

“Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Hasil ujian saringan awal air didapati negatif, bebas sebarang pengambilan dadah,” jelasnya.

Tambah beliau, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI