fbpx

Mahasiswa UPSI terpilih sertai Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Fairuz (kanan) akan berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menghadiri SSEAYP 2023 pada bulan hadapan. - Foto IHSAN UPSI
TANJUNG MALIM – Pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Fairuz Rohaliza Ejahar, 24, terpilih sebagai salah seorang peserta untuk mengikuti Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2023 tidak lama lagi.
Siti Fairuz Rohaliza berkata, SSEAYP adalah program pertukaran belia tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Kabinet Jepun dan kerajaan negara-negara Asia Tenggara.
“Ia yang bertujuan mempromosikan persahabatan dan saling pengertian dalam kalangan belia dari 11 negara  di Asia Tenggara dan Jepun sekali gus membantu memperluaskan  perspektif mereka terhadap dunia.
“Difahamkan sejak program diwujudkan pada tahun 1974, sudah berpuluh pelayaran antrabangsa yang dihadiri oleh delegasi belia yang dihantar oleh kerajaan negara-negara anggota masing-masing,” katanya di sini.
Siti Fairuz Rohaliza merupakan antara pelajar UPSI yang bergiat aktif sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi tersebut, antaranya menjadi Yang DiPertua Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki 2022/2023 dan Pengarah Program bagi The Longest Non-Stop Public Speaking Event 2023 (Malaysian Book of Records).
Dia juga merupakan Finalis Anugerah Perdana Naib Canselor UPSI 2022, Yang DiPertua Parlimen Mahasiswa UPSI serta Pemenang Anugerah Kepimpinan Sukarelawan Kemanusiaan Universiti 2022.
Siti Fairuz Rohaliza yang pernah dilantik sebagai Felo Perdana 2022 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melahirkan rasa teruja apabila memperoleh peluang yang diberikan.
Katanya, hampir 3,000 permohonan belia Malaysia untuk mengikuti program itu dan dia adalah antara 10 belia yang terpilih untuk mengikuti program  menarik peringkat antarabangsa itu.
“Peluang ini boleh dimiliki oleh rakan-rakan lain dan saya teruja untuk berkongsi lebih banyak cerita bersama rakan-rakan universiti mengalami pengalaman dalam  mengikuti program-program anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Siti Fairuz Rohaliza bersama rakan kontinjen Malaysia yang lain iaitu pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) serta rakan profesion, pegawai sukan, peguam dan guru akan berangkat ke Tokyo, Jepun pada penghujung November depan.
“Sebelum berangkat ke Jepun, kami perlu menjalani latihan bertujuan menonjolkan kebudayaan Malaysia yang mana ia akan dipersembahan kepada kontinjen negara ASEAN yang lain semasa di Tokyo nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI