fbpx

‘Beli rumah sendiri, asyik selfie saja’ – IG Syada Amzah diserang netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYADA AMZAH dikecam netizen kerana dikatakan terlalu 'bergantung' dengan harta kakaknya, Shila Amzah.

PETALING JAYA – Akaun Instagram adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah diserang netizen gara-gara ‘membuka pekung’ dengan mempersoalkan tindakan kakaknya mahu menjual rumah banglo mewah yang didiaminya bersama ibu, Fauziah Sarman.

Rata-rata menganggap, Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah, 25, sudah cukup dewasa untuk berdikari dan memintanya supaya tidak lagi mengharapkan harta ‘orang lain’.

Malah, netizen turut menganggap Syada yang sebelum ini pernah menyertai program Big Stage musim kedua terlalu bergantung hidup dengan Shila, selain menumpang populariti kakaknya.

Dalam ruangan komen, ramai netizen meninggalkan kata-kata berbaur sindiran apabila menggesa penyanyi muda itu untuk mencari duit sendiri supaya dapat membeli sebuah kediaman.

“Kerjalah. Cari duit beli rumah sendiri,” ujar seorang netizen.

“Cari kerja, cari rumah sendiri. Jangan nak bergantung sangat dengan keluarga (kakak),” tegur seorang lagi netizen.

“Dah beli rumah belum? Belilah. Jangan harapkan kakak sendiri dan tumpang populariti kakak,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Malah, ada juga segelintir netizen menasihati Syada supaya tidak membuang masa dengan asyik berswafoto dan bermain media sosial.

“Kerja dik! Beli rumah sendiri jangan asyik berselfie (swafoto),” komen seorang pengguna Instagram.

“Jangan sibuk nak main TikTok 24 jam,” sindiri seorang lagi netizen.

Sejak semalam kecoh dalam media sosial apabila Syada memuat naik status mempersoalkan tindakan Shila mahu menjual rumah yang didiaminya bersama ibu tanpa pengetahuan mereka.

Syada turut meluahkan kekecewaan apabila menyamakan situasinya seperti haiwan jalanan yang tidak mempunyai rumah.

Shila menerusi satu kenyataannya hari ini menafikan dakwaan menghalau keluarga dari rumah banglo mewah miliknya seperti didakwa Syada.

Menurut Shila, 33, dia tidak langsung mempunyai niat mengabaikan keluarganya sebaliknya ingin mencari kediaman yang lebih sesuai dan mudah dijaga berbanding sekarang.

Jelasnya, banglo tujuh bilik tidur, tiga ‘rumah’ kucing dan bersaiz 9,000 kaki persegi itu hanya didiami oleh lima orang ahli keluarga iaitu ibunya, Fauziah Sarman dan empat adik-beradiknya yang lain termasuk abangnya, Syahir dan Syada.

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, rumah tersebut juga ‘dipenuhi’ dengan pelbagai memori pahit keluarganya dan itu antara sebab dia ingin mencari kediaman lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI