fbpx

[VIDEO] Pusing Bukit Bintang kibar bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar videon yang dimuat naik Noraffezan Nasreen.

PETALING JAYA – Sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Palestin di sekitar Bukit Bintang sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada negara berkenaan.

Dalam video perkongsian yang dimuat naik Noraffezan Nasreen di laman media sosial, perarakan itu dibuat dengan meletakkan bendera Palestin di kenderaan masing-masing ketika menyusur di atas jalan raya.

“Walaupun kita tidak mampu untuk sampai di sana untuk membantu, sekurang-kurangnya kita menyokong dan kirimkan doa untuk pejuang Islam kita,” kata seorang pengguna.

Terdapat cadangan supaya ditetapkan satu tarikh untuk beramai ramai mengikuti perarakan sebegini.

Ada juga komen daripada negara luar seperti Cambodia dan Indonesia yang turut memberikan sokongan.

“Anda tidak perlu menjadi Muslim untuk menyokong Palestin. Ini bukan berkenaan agama. Ini berkenaan hak asasi manusia,” kata Afnan Conan. – KOSMO! ONLINE

@noraffezannasreen free palestine 🇵🇸❤️🤲. #malaysia #bukitbintang #kualalumpur ♬ original sound – bobomalaya – Elite 9

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI