fbpx

Penumpang berdiri depan kereta untuk potong barisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut keluar dari kenderaan dinaikinya lalu menahan kereta lain bagi membolehkan pemandu memotong barisan. – Mothership

SINGAPURA – Sebuah video tular memaparkan tindakan seorang penumpang dipercayai dari Singapura yang membantu pemandu kereta dinaikinya memotong barisan dengan cara berdiri di hadapan kenderaan lain, lapor portal berita Mothership hari ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Link Kedua Tuas antara sempadan Singapura dan Malaysia kelmarin.

Dalam video papan pemuka yang dikongsikan itu, lelaki tersebut dilihat keluar dari kereta Nissan Sylphy yang mempunyai nombor pendaftaran Singapura.

Dia kemudian berdiri di hadapan kenderaan dinaiki pemilik video dan bersandar di hadapan kereta model Mazda itu bagi membolehkan pemandu Nissan Sylphy memotong barisan.

Apabila kenderaan Mazda berwarna putih itu bergerak, lelaki tersebut mengalihkan badannya ke arah cermin hadapan lalu menahan kereta itu dan menghalangnya.

Kereta Nissan Sylphy yang dinaikinya kemudian bergerak masuk di hadapan Mazda berkenaan sebelum lelaki tersebut kembali memasuki kereta. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI