fbpx

Mahkamah : Wanita didakwa ugut tetak adik kandung guna pedang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nornazzatul ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZAL/KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang wanita yang mengugut menetak adik lelakinya sendiri menggunakan pedang ketika bergaduh, kelmarin didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Nornazzatul Afida Zolkhifli, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Nornazzatul Afida didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pedang bagi mendatangkan ketakutan terhadap adiknya yang berusia 27 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Melayu Batu 13, Sungai Buloh pukul 3.15 petang, Ahad lalu.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

TImbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan tidak sihat dan masih bekerja.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Disember depan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dipercayai mengugut menetak adik kandungnya sendiri menggunakan pedang selepas ditegur mereka berlanggar bahu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Buloh.

Ketika kejadian dipercayai suspek dibawah pengaruh dadah dan mempunyai rekod lampau. Polis turut merampas pedang berukuran 0.9 meter yang digunakan suspek. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI